Pendaftaran NGO Online

9 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mei 2019, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau telah mengadakan kelas Website yang merangkumi Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk ahli yang ingin mendaftar pertubuhan mereka. Kelas yang diadakan di Pusat Internet Kg Surau ini telah disertai oleh 13 orang peserta yang merupakan ahli Persatuan Kebajikan Simpang Empat yang bakal ditubuhkan dan kelas tersebut berlangsung selama 3 jam 30 minit bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.30 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta mengenai cara-cara untuk menggunakan Website kerajaan untuk diaplikasikan dalam kerja-kerja yg diberikan seperti pengemaskinian maklumat pelajar dan memberi kesedaran tentang keselamatan dalam penggunaan internet. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT namun digunakan secara prihatin dan lebih efisian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali